Thursday, August 1, 2019

PENGENALAN


Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum w.b.t., kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah sudi, melayari blog my remaja. Kewujudan blog ini sebagai E-majalah yang diberi tajuk ‘e-Remaja’ ia menjadi salah satu platform untuk berkongsi maklumat mengenai isu-isu yang berkaitan yang akan dibicangkan bersama para pembaca sekalian. E-Remaja merupakan sebuah e-majalah yang direka oleh pelajar semester kelima Politeknik Seberang Perai. Ia bertujuan untuk memenuhi kehendak kursus DUA6022 Komunikasi & Penyiaran Islam. E-Remaja dipilih sebagai nama e-majalah kerana ia bersesuaian dengan topik isu dan media elektronik yang kian berkembang pesat pada masa kini.
Faktor-faktor topik ini dipilih kerana ia merupakan perkara yang merisaukan masyarakat pada masa kini. Oleh itu, kami terdetik untuk mengupas topik-topik tersebut dengan ringkas dan padat. Ia juga dapat menceritakan dan memberi info kepada para pembaca.

Dengan ini kami berharap agar semua pembaca dapat menerima dan mengambil inisiatif berkaitan topik yang dibincangkan serta menjadikan e-majalah ini sebagai satu platform yang dapat memberikan kesan positif kepada semua warga pembaca. Sebarang kekurangan di dalam blog ini, kami dahulukan dengan pemohonan maaf dan akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Dengan adanya e-Remaja ini , kami dapat bantu sedikit sebanyak masalah yang dihadapi oleh remaja zaman kini , iaitu isu tentang pembuangan bayi dalam kalangan remaja .






PENDAHULUAN


Isu Pembuangan bayi yang semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada akhbar dan paling menyayat hati terdapat bayi yang tidak berdosa bukan saja dibuangdi dalam tandas dan di tepi tong sampah, malah dibakar bayi tersebut. Pengguguran dan pembuangan bayi membawa maksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan (sembilan bulan untuk manusia) yang mengakibatkan kemusnahan janin. pembuangan bayi ini juga merupakan satu jenayah yang boleh dianggap sebagai jenayah berat dan teruk. Selain itu, kesan negatif terjadi kepada ibu kandung tersebut sekiranya proses kelahiran dalam melahirkan anak tidak mengikut kaedah yang betul.

untuk pengetahuan semua , pembuangan bayi sebenarnya adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat seperti tandas , tong sampah tanpa ada sifat berperikemanusiaan. Perkara yang diberikan ini mampu memberi lebih kefahaman kepada pembaca untuk mengetahui lebih mendalam tentang masalah pembuangan bayi ini.

Pembuangan bayi adalah salah satu gejala sosial yang sedang dibicarakan secara terbuka di kalangan masyarakat muslim di Malaysia. Ia mula menjadi isu besar apabila perlakuan buang bayi makin menjadi-jadi pada awal tahun 2010 sehingga tahun 2012. Pembuangan bayi ini berlaku disebabkan tekanan hidup daripada kalangan mereka yang lemah pegangan agama. Pembuangan bayi ini menyebabkan anak tersebut disebut sebagai anak pungut apabila dijumpai masih hidup , dan Lebih menyedihkan lagi kebanyakan kes pembuangan bayi membabitkan wanita Islam. Oleh itu sudah tiba masanya satu kaedah penyelesaian yang lebih menyeluruh dirangka iaitu daripada sistem pendidikan hinggalah sistem perundangan.




DEFINISI

Definisi pembuangan bayi ini adalah perkataan ‘buang’membawa maksud iaitu mencampakkan, melemparkan, menghapuskan dan menghilangkan. Perkataan ‘bayi’ bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh ibu. Manakala maksud ‘pembuangan bayi pula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan. Definisi yang diberikan ini mampu memberikan kefahaman yang  lebih jelas lagi tentang masalah pembuangan bayi ini. Tindakan membuang bayi ini adalah jenayah yang amat besar dosa dan hukumannya dalam Islam. Firman Allah s.w.t didalam surah An-Nisa ayat 93:

“Dan sesiapa yang membunuh seorang  mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan  melaknat akannya serta menyediakan azab seksa yang besar”.



PUNCA BERLAKUNYA GEJALA PEMBUANGAN BAYI

  • Kurangnya Kasih Sayang Daripada Ibu Bapa
Dalam dunia masa kini , setiap manusia sibuk mengejar kemewahan, ramai ibu bapa bekerja untuk menyara keluarga masing-masing. Kesan daripada itu ialah mereka tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka.Akibat daripada kesibukan mereka,mereka lepas tangan terhadap anak-anak mereka dan menaruh kepercayaan terhadap anak-anak mereka dalam melakukan sesuatu atau mengambil apa-apa keputusan ..Mereka memberi kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak mereka.Anak-anak rasa seolah-seolah diabai dan tertekan dengan keadaan mereka.Akibatnya,mereka mencari jalan keluar  dan menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.Mereka tercari-cari orang yang dapat memberi kasih sayang kepada mereka.

  • Kekurangan Didikan Agama 
kekurangan didikan agama juga menjadi punca utama berlakunya gejala pembuangan bayi.Seseorang yang mengamalkan ajaran agama sebagai pedoman hidup tidak akan melakukan perkara yang tidak bermoral ini.Semua agama menyuruh penganutnya berbuat baik dan mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak bermoral.Ibu bapa yang terlalu sibuk juga terlupa tanggungjawab mereka untuk menerapkan ajaran agama dan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka.

  • Pengaruh Media Massa 
pengaruh media massa juga menjadi punca berlakunya gejala tersebut.Remaja mudah terjebak dengan laman web pornografi yang dapat meracuni fikiran remaja.Stesen televisyen pun seringkali menayangkan filem-filem barat yang mendapat sambutan daripada penonton.Lazimnya,budaya barat selalu bertentangan dengan amalan budaya Timur.Filem-filem barat selalunya memaparkan unsur-unsur cinta dan seksual yang terlampau.Filem-filem tersebut meracuni fikiran penonton-penonton yang tidak matang.Remaja yang bersifat suka meniru apa sahaja yang dipaparkan kepada mereka mudah terpengaruh dengan  mencontohi aksi filem tersebut.

  • Pengaruh Rakan Sebaya 
,pengaruh rakan sebaya juga menjadi punca gejala pembuangan bayi.Remaja pada masa ini lebih rapat dengan rakan sebaya mereka daripada ibu bapa.Mereka mudah terpengaruh dengan kata-kata manis rakan sebaya.Mereka mendengar apa-apa sahaja kata-kata rakan mereka seperti kerbau dicucuk hidung.Sesetengah remaja juga berasa cemburu melihat rakan-rakan mereka ada teman lelaki.Perilaku pasangan bercinta yang dikaitkan dengan keindahan menyebabkan mereka mudah lalai dengan bisikan nafsu walaupun pada awalnya hanya sebagai cara menunjukkan kasih sayang. Hal ini menyebabkan berlakunya perbuatan sumbang dalam kalangan pasangan bercinta dan berterusan menyebabkan berlakunya seks bebas


 Gejala pembuangan bayi bukan sahaja dalam kalangan pasangan yang belum berkahmwin malah turut melibatkan pasangan yang telah berkahwin.Sesetengah pasangan berkahwin muda yang masih belum matang berasa mereka tidak memerlukan bayi.Mereka berasa tertekan dengan beban untuk  mengasuh bayi. Pasangan muda ini mengambil jalan mudah dengan cara membuang bayi mereka .Sestengah ibu bapa membuang bayi yang cacat  fizikal kerana  berasa malu untuk menjaga anak yang cacat .
     Konklusinya,gejala pembuangan bayi merupakan perkara yang paling hina dan memalukan.Oleh yang demikian,ibu bapa perlu sentiasa mendidik anak-anak mereka dengan didikan agama supaya tidak terlibat dalam gejala negatif ini.Pasangan yang telah berkahwin perlu berbincang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sama ada mereka hendak anak atau tidak.Mereka juga boleh merujuk kepada kaunselor atau institusi kekeluargaan untuk khidmat nasihat.Bayi merupakan kurniaan tuhan,kita tidak harus membuangkannya.





KESAN PEMBUANGAN BAYI


Mempunyai tiga kesan iaitu :

  1. Kesan terhadap bayi
  2. Kesan terhadap ibu yang melahirkan
  3. Kesan terhadap keluarga perempuan
  4. Kesan terhadap masyarakat

 - Kesan Terhadap Bayi

Kesan terhadap bayi adalah menyebabkan dia akan di pandang rendah dan di hina oleh masyarakat setempat. Bayi ini setelah dewasa tidak akan dapat mengenali siapa ibu bapa kandung sebenarnya.Selain itu, bayi ini akan berasa sangat sedih dan kecewa akan sikap ibu bapa kandungnya yang membuangnya dan tidak menjaganya.

Seterusnya, bayi ini akan menghausi kasih sayang daripada ibu bapa kandungnya yang telah membuangnya. Bertuah sesiapa ibu bapa yang masih dimaafkan oleh anak kandung yang mereka buang itu namun jika sebalik maka ia akan di laknat di neraka jahanam oleh Allah SWT.

            - Kesan Terhadap Ibuyang Melahirkan

Kesan terhadap ibu yang melahirkan pula adalah sekiranya ibu ini telah membuang bayinya dalam tempoh masa terdekat mahupun panjang sudah pasti dia akan merindui anaknya kembali. Misalnya, jika anaknya masih hidup dan dijaga oleh keluarga angkat dan dia ingin mengambil semula anaknya. Sebarang kemungkinan anaknya tidak mahu kembali kepadanya kerana anaknya tidak mengenali ibu kandung sebenarnya sedangkan anak itu telah dijaga rapi oleh keluarga angkatnya. Oleh itu, ibu yang membuang bayi tersebut akan berasa amat menyesali perbuatannya malahan tidak pasti lagi anaknya itu akan memaafkan ibunya.

              - Kesan Terhadap Keluarga Perempuan

Kesan terhadap keluarga perempuan adalah maruah diri dan keluarganya akan musnah akibat maksiat, penzinaan, hamil dan membuang bayi memang amat memalukan keluarga kerana ia berlaku secara terus menerus. Selain itu, keluarga perempuan juga akan di pandang hina sehingga turun temurunnya walaupun ia hanya berlaku sekali. Seperti kata orang-orang tua, walaupun banyak kebaikan yang kita lakukan malah hanya satu keburukan kita lakukan itu pula mereka perkatakan sampai bila-bila.

              - Kesan Terhadap Masyarakat

Kesan terhadap masyarakat pula adalah kita akan digelar masyarakat tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan serta masyarakat yang kejam. Selain itu, gejala ini juga dapat menganggu sistem nilai dalam perpaduan dan kesejahterahan masyarakat kita. Kemodenan masyarakatlah yang menyebabkan perubahan sangat ketara dalam proses sosiolisasi. Nilai-nilai tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong, zirah menziarahi telah menjadi luntur di kalangan masyarakat kita kerana saling berselisih dan menyelisihkan orang yang telah membuang bayi



  STATISTIK PEMBUANGAN BAYI DI MALYSIA


Kawasan tertinggi berlaku kes pembuangan bayi bagi tempoh 2010 hingga 2018 adalah di kawasan perumahan dengan 266 kes, tandas (108) dan tempat pembuangan sampah (89).
“Bagi tempoh sama, negeri tertinggi kes pembuangan bayi adalah di Selangor ekoran populasi penduduknya ramai, diikuti Sabah dan Johor,” katanya.
Selain itu beliau berkata, sejak Januari hingga Mei lalu, sejumlah 65 kes pembuangan bayi direkodkan dengan Johor mencatatkan kes tertinggi iaitu 13 kes, Selangor (11) dan Kuala Lumpur (tujuh).
Katanya, 60 peratus bayi yang ditemui meninggal dunia. Ini menyebabkan masalah pembuangan bayi menjadi masalah terbesar di Malaysia . 

Image result for STATISTIK PEMBUANGAN BAYI DI MALAYSIA

Rajah ini menunjukkan statistik pembuangan bayi bagi tahun 2018 




LANGKAH MENGATASI GEJALA PEMBUANGAN BAYI



Melalui tiga peranan iaitu:

· Peranan pihak berkuasa dan badan NGO

· Peranan ibu bapa

· Peranan pihak media massa



Peranan Pihak Berkuasa dan Badan NGO

Peranan pihak berkuasa dan badan-badan NGO adalah mengatasi kemelutan pembuangan bayi. Pihak berkuasa terutama pihak polis haruslah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja. Selain itu, pihak polis juga perlu tegas mengenakan hukuman yang setimpal kepada mereka yang bersalah itu di penjara seumur hidup.Oleh itu, mereka akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama.

Badan-badan NGO pula hendaklah mengadakan program peringkat awal pendidikan agama dan sosial dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Penekanan pendidikan amat penting bagi menyedarkan masyarakat terutama remaja dengan maklumat yang tepat agar mereka tidak terjebak dalam masalah sosial yang membabitkan jenayah pembuangan bayi ini.



Peranan Ibu Bapa

Peranan ibu bapa adalah mendidik anak-anak menjadi insan yang bermoral dan tidak mudah terpengaruh dari gejala sosial yang bercegahan dengan agama.Didikan agama yang sempurna perlu diberikan seawal yang mungkin kepada anak-anak bagi memandu mereka kearah kebaikan. Remaja yang mempunyai iman yang teguh tidak akan mudah terjebak dengan gejala sosial ini kerana mereka dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Ibu apa juga perlulah mengawasi pergaulan anak-anak supaya tidak terjebak dengan perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas.


Peranan Pihak Media Massa

Peranan pihak media massa adalah memberikan pendedahan tentang kesan pembuangan bayi kepada masyarakat luar perlu dititikberatkan. Program-program motivasi dan kempen-kempen kesedaran haruslah dilaksanakan oleh pihak media amat berguna dan bermakna. Misalnya, pendedahan berbentuk grafik dan kisah benar tentang seseorang yang pernah membuang bayi lalu ini akan membangkitkan kesedaran para remaja.

Program motivasi dan kempen kesedaran seperti ‘Dosa Besar’ dan ‘Adab Bergaul’ mampu memperkuatkan lagi rasa keinsafan dan ketakutan remaja dalam melakukan dosa. Pihak media massa juga hendaklah memberhentikan program-program hiburan melampaui yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti cerita-cerita mengandungi adegan 18sx.







KESIMPULAN 


Kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa sememangnya amat membimbangkan dan mencemaskan masyarakat. Tindakan untuk mengawal gejala ini sudah sampai ke tahap yang dianggap serius. Justeru itu, semua warga masyarakat tidak mengira kaum dan agama haruslah bersatu padu bagi membantu mencegah dan membanteras gejala sosial supaya tidak menjadi lebih serius dandapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya.Pihak atasan dan badan-badan kebajikan juga perlu lebih peka dan perlu menganjurkan pelbagai ceramah, program-program dakwah atau motivasi kepadaremaja supaya mereka mendapat lebih informasi tentang gejala ini dan sedar tentang kesan serta bahaya daripada perbuatan tidak bermoral itu. Dengan pelbagai usaha yang dilakukan secara bersama-sama ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah ini daripada menjadi satu penyakit  berbahaya di negara Malaysia ini.Sebagai remaja yang bermoral, kita seharusnya menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan yang kejam dan hina. 

 Sebaliknya kita akan dihina, dicaci dan dicemuh oleh masyarakat. Kita perlu berfikir dengan rasional dengan mengambil kira baik dan buruk sesuatu perkara sebelum melakukan hal tersebut.
 



RUJUKAN 









DUA 6022 - KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM






KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM (DUA 6022)

AHLI KUMPULAN


NOR SALWANA BINTI BAKRI
10DLS17F1030

ANIS AMIRAH BINTI MOHAMAD ANUAR
10DLS17F1028

NIK SYARMILA ALIA BINTI NIK MAT NOOR
10DLS17F1060

WAN NJUR NAJWA BINTI WAN AHMAD SUHAIMI
10DLS17F1018





TAJUK DAN KANDUNGAN

  • PENGENALAN 
  • PENDAHULUAN
  • DEFINISI
  • PUNCA BERLAKUNYA GELAJA PEMBUANGAN BAYI
  • KESAN BERLAKUNYA PEMBUANGAN BAYI
  • STATISTIK PEMBUANGAN BAYI DI MALYSIA
  • LANGKAH MENGATASI GEJALA PEMBUANGAN BAYI
  • KESIMPULAN 
  • RUJUKAN 




SIDANG RIDAKSI MAJALAH




PENGENALAN Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum w.b.t., k ami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah sudi...